Ancaman kepupusan Bahasa_Mah_Meri

Menurut Ethnologue,[2] status bahasa Mah Meri ialah '6b: Terancam', merujuk kepada keadaan di mana bahasa yang digunakan untuk komunikasi muka-ke-muka dalam semua generasi, tetapi mula kehilangan penutur. Status ini adalah berdasarkan Expanded Graded Intergenerational Disruption Scale (EGIDS) oleh Lewis dan Smino pada (2010).[6]

Satu kajian oleh Coluzzi, Riget & Wang (2017)[7] mengenai penggunaan dan sikap bahasa di empat buah kampung Mah Meri di Pulau Carey menunjukkan bahawa sementara Mah Meri masih memegang status yang kukuh dan positif dalam masyarakat, terdapat kemungkinan peralihan bahasa secara penuh ke arah bahasa Melayu pada masa depan disebabkan oleh penuturan Mah Meri yang lebih rendah dalam kalangan generasi muda.